Saturday, 31 December 2011

JODOH itu rahsia ALLAH SWT..



/█\ /█\
.||.    ||.

SEKUAT mana kita setia ツ

... SEHEBAT mana kita merancang ツ

SELAMA mana kita menunggu ツ

SEKERAS mana kita bersabar ツ

SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..


Dear girls,

Jika seorang lelaki berhenti bermain game semata2 utk menjawab panggilan anda, tu BIASA je kan..tak special mana pon..

Tetapi,
...
Jika ada seorang lelaki yg sanggup berhenti berborak dengan anda semata2 utk menjawab PANGGILAN ALLAH dan siap ajak anda sekali maka,

KAHWINI LAH DIA kerana dia sangat istimewa...

Thursday, 29 December 2011

Fahamilah Mak Ayah..

Kadang kadang kita asyik memikirkan masalah kita dan meminta orang 
sekililing memahami masalah kita...Namun, kekadang, MAK AYAH kita 
mempunyai seribu satu masalah yang mereka alami...Jiwa kita memberontak
mengharapkan mak ayah memahami naluri kita, namun, pernah mak ayah 
memerontak mengharapkan kita memhai mereka..Mereka sembunyikan 
masalah yang menggunung tinggi demi anak anak yag 
tercinta...Allahuakbar....Sepe rti yang saya pernah katakan sebelum ini

KITA SERING MENJERIT "FAHAMILAH SAYA,SAYA SUDAH MATANG DAN
BESAR"
TANPA KITA SEDARI, MAK DAN AYAH KITA JUA MERINTIH, "FAHAMILAH 
KAMI, KAMI SUDAH BERANSUR TUA"
='(

•¤✿° DIDIK HATI ¤º•¤✿°

•¤° DIDIK HATI ¤º•¤°
 
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
 Jika kita suka menunda2 SOLAT,b'erti kita menunda keperluan kita sendiri. Kerana Allah juga 
akan menunda rezeki kita,menunda terkabulnya doa2 kita,menunda datangnya jodoh kita..Tapi Dia 
tidak akan menunda datangnya KEMATIAN kita
..•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸

Wednesday, 28 December 2011

Ombak Rindu..



::: peristiwa bulan november :::

1. hnya kurang 20 minit utk mengatakn " kita merancang Allah tentukn,mgkn kita hnya di takdirkn utk menjadi  kawan..yin ada talasemia saya ada homoghlobin "

2.  hanya mengambil masa 3 hari... relationship bersama si dia.

3. sehingga hari ini..."silent"


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫♥~♥
´*.¸.•´♥~♥ HATI yang CANTIK....◠_◠
 
♥ Milikilah sebuah HATI yang TAK PERNAH MEMBENCI.
 ♥ Sebuah SENYUMAN yang TAK PERNAH PUDAR...
 ♥ Sebuah KATA-KATA yang TAK PERNAH MENYAKITI...
 ♥ Sebuah KEJUJURAN yang TAK PERNAH BERHENTI...
 ♥ Dan sebuah HATI yang MUDAH MEMAAFKAN.....(^_^)

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•



☀♥•*¨`*•.*► Doaku untukmu, sahabat◄*.•*¨`*• ♥☀

*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙ ♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆
✿ Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, 
✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,
 ✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.
 ✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
 ✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
 ✿ Bukan perhatian mata ajnabi,
 ✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.
 ✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,
 ✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,

✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Engkau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu nanti. Ameen."

*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙ ♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

KITA BERTANYA :
"KENAPA AKU DIUJI?"

... QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
"KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
"KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
"KENAPA RASA FRUST?"

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
"BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?"

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA :
"BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?"

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
"APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?"

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
"KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?"

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
"AKU TAK DAPAT TAHAN!!!"

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

★ Nasehat Kubur ★

1. Aku Adalah Tempat Paling Gelap, Maka Terangilah Aku Dengan Tahajud..

2. Aku Adalah Tempat Paling Sempit, Maka Luaskanlah Aku Dengan Bersilaturrahmi..
...
3. Aku Adalah Tempat Yang Paling Sepi, Maka Ramaikanlah Aku Dengan Perbanyak Membaca Al Qur'an..

4. Aku Adalah Tempatnya Binatang-binatang Berbisa, Maka Racunilah Ia Dengan Amal Sedekah..

5. Aku Adalah Tempat Munkar Dan Nankir Bertanya, Maka Persiapkanlah Jawapanmu Dengan Perbanyak Mengucap kalimat     LAILAHAILLALLAH..."

Monday, 26 December 2011

Khas Untuk Insan Bergelar Wanita


Aku curang terhadap jodohku


Dia.. hampir memasuki 4 tahun kami bersama,banyak yg kami lalui sepanjang tempoh itu, seorang lelaki yg amat aku sayangi dan aku hormati setiap apa pun keputusannya kerana aku sangat mencintainya dan aku memang tidak tahu kenapa aku terlalu setia kepadanya walaupun aku tahu dia tidak mencintai aku seperti aku mencintainya. Kehadiran seorang wanita yg amat dicintainya membuatkan aku mengundurkan diri,aku berharaf dia bahagia bersama orang yg dicintainya..namun aku masih disini sendiri.. namun dia datang kembali..aku gembira,tapi dia pergi lagi..dan datang lagi.. pergi..datang..pergi..datang.. tapi aku tidak mampu bersuara..hanya diam..diam..diam...bodohnya aku. Patut la ramai yg cakap aku “lurus bendul” aku hanya pandai menangis bila di tinggalkan.. ada seorang lecture dekat kolej yg amat rapat dgn aku, dia nasihati aku dan aku pelik dgn salah satu nasihatnya iaitu “belajarlah untuk curang” sampai sekarang aku masih tidak faham.. dia juga nasihati agar aku belajar untuk bersosial dan bergaul dengan semua orang,dia juga menasihati agar aku cuba memberi peluang dekat orang lain agar aku tidak hanya melihat “si dia” sahaja. Lecture itu juga berkata “kalau dia boleh kenapa yin tak boleh!? Tu jgk sbgi persiapan yin if oneday dia tgglkn yin or dia kawen dgn org laen,sekurang2nya time tu yin tak terlalu sakit sebab yin dah ada persiapan utk tanggung risiko if yin nk pilih jgk utk still bersama dia sekarang,dia dan tgglkn yin byk kali tak mustahil dia akn buat lagi” keseluruhan nasihatnya membuat saya berfikir dan mencuba...

Teringat...


Sahabat  terbaek..nama dia azmeer.. saya kenal dia sebab saya satu kelas dengan dia masa form 4 hingga form 5.. dia baek sangat dkt saya.. masa tu saya penolong ketua kelas apa2 je saya suruh dia akan buat dia tak pernah membantah dan tu sikap dia yg buat saya selesa dgn dia.. tapi yg peliknya dia suka ikut saya.. saya masuk rumah sukan merah dia ikut jgk,saya masuk unit pbsm dia ikut jgk.. tapi saya tak perasan sangat bagi saya tu satu kebetulan.. sampai masa dia beli beg sama kaler dgn saya..kaler putih..saya pakai sapu tangan kaler merah hati n kadang2 kaler pink dia ikut jgk.. pernah satu hari dia cakap kami sehati sejiwa sbb barang2 sume sama..  masa tu saya tak perasan lagi..tapi kawan2 saya cakap dia suka dkt saya..tapi saya endahkn je.. oneday dia bagi saya kad,dia ckp kad tu kad kesayangan dia..dalam kad tu ada kata2..dan tertulis “rahasiaku” satu saat sepupu dia bagitahu saya yg azmeer suka dkt saya..dan selalu cerita pasal saya... sepupu dia suruh saya terima azmeer tapi saya tak boleh terima sbb saya mmg hanya aggp dia sahabat...start dari hari tu saya jauhkan diri dari dia..saya mula jadi tak selesa dgn dia..sampailah hari ne....

firstLove..mohd razlan,saya biasa panggil dia Lan.. dia seorang yg amat penyayang terhadap adik2 dia..itu yg buat saya terima dia walaupun dia mudah 3 tahun dari saya.. di bangku skolah,kami mampu bertahan 3 tahun..saya gembira dgn dia.. dia ada bagi saya lukisan dan dia selalu tolong saya melukis.. dia pandai melukis..ramai gurl dkt skolah suka dkt dia..mugkin sbb muka dia mcm cina..sampai satu masa saya Nampak dia dgn sorang gurl dan dalam tempoh tu memang dia dah jarang contact saya..dia semakin berubah.. masa tu saya penuh dgn soalan yg bermain di fikiran,akhirnya bila saya nmpk dia dgn gurl tu soalan saya terjawab.. saya nanges..nanges... dan nanges... saya bertekad utk buang semua kenangan dari dia.. saya nk lupakan dia..lagi pula kenapa saya nk ingat dia lagi..dia bukan nk saya dah..tapi saya tak dpt buang lukisan yg dia bagi dekat saya.. tak tahu la..berat hati...saya ambik keputusan utk simpan lukisan tu.. masa tu saya dah sunyi..tanpa dia...hati saya kosong.. sehinggalah saya sambung belajar dekat kolej...saya bawa hati yg kosong... tapi sebenarnya saya amat merinduinya.. bukan mudah melupakan orang yg pernah hadir dalam hidup kita,tapi saya langsung tak benci dia dan saya amat bersyukur sbb sekurang2nya dia pernah hadir bahagiakan saya...


kolej...
sekarang umur saya dah masuk 21 tahun, tu adalah pengalaman yg penah saya lalui di bangku sekolah..sekarang zaman kolej saya,saya masih still bersama dia..tapi saya tak tahu status kami.. dia sibuk dgn keje dia..dan saya cuba utk fhm..tapi dia mmg dah berubah dan perubahan itu buat saya takut..saya tak nk melalui pengalaman ditinggalkan lagi..sakit..tapi saya fikir melihat dari perubahan dia saya perlu ada persediaan mcm lecture saya nasihat dkt saya..

percubaan pertama saya...
lelaki...abg kepada kawan baek saya,tak silap nama dia rosul.. dia kenal saya dari satu video yg saya buat khas utk org yg sy cintai tapi masa tu saya dah di tinggalkan,video tu dia dapat dari laptop adik dia..satu malam dia mesej saya mungkin dia dpt nombor saya dari adik dia ,dia panggil saya 502..dan dia cakap dia tahu kisah saya..dan dia ckp dia bersimpati..banyak msj dia hantar tapi saya tak balas.. satu masa saya hantar satu mesej dkt dia..saya ckp apa yg awk buat ne akan mengigatkan saya dkt org yg dah tgglkn sy..n saya ckp dkt dia “saya hormat awk sbb awk abg kpd kawan saya..jadi tolong berhenti” tapi dia tetap tak berhenti..dia buat saya rimas..masa tu saya mmg dah tutup hati dkt sapa2..dia slalu beli makanan dkt sy, bagi krdt n mcm2 walaupun saya tak minta semua tu..dia betul2 buat saya rimas..sampai hari ne...oneday dia penah cakap dia sanggup tinggalkan girlfriend dia utk saya.. saya nasihati dia agar setia la dekat gf dia dan mcm2 nasihat saya bagi agar dia sedar apa dia buat tu salah..dia perlu belajar utk setia..mana mungkin saya nk biarkan dia tinggalkn gf dia utk saya,saya pernah mengalami perasaan ditinggalkan utk wanita lain jadi saya tak nak  orang lain mengalaminya..sbb tu saya tak suka berkawan terlalu rapat dgn lelaki yg dah ada gf,sbb kalau saya ada bf..saya tak nk bf saya ada kawan rapat perempuan..kawan belajar tak pe..sbb saya kuat cemburu.. tapi Alhamdulillah sekarang dia dah senyap.. dia tak kacau saya lagi..bagi saya lelaki ne kalau kita tak layan diaorg akan diam jgk.. smoga dia jadi lelaki yg setia.. tu percubaan saya yg pertama..mula2 rasa nk layan tapi last2 bila tahu dia ada gf saya yg nasihat dia agar jadi orang yg setia dkt gf dia...

percubaan kedua..
nama dia pencinta alam...saya tak tahu nama sebenar dia...saya tak pernah Tanya.. saya tak pernah kenal dia tapi dia kenal saya dari kawan saya hani..menurut hani saya kami pernah terserempak semasa saya duduk rumah hani tapi masa tu saya tak parasan yang mana satu..dia adalah kawan kepada abang kawan saya hani..saya tak tahu mcm mana dia boleh suka dkt saya sedangkan kami tak pernah kenal..dia mula cari  saya dkt  facebook..saya aggp dia kawan..kawan facebook..dia mula cakap yg dia suka dkt saya.. menurut dia sikap saya yang “ banyak diam dan Nampak pemalu” buat dia nak kenal saya.. saya terima dia...sebagai kawan.. dia banyak memenuhi wall facebook saya.. pernah sekali saya terfikir.. kan bahagianya kalau orang yg memenuhi wall saya adalah orang yg saya cintai..kenapa orang laen...ermm..sedih pun ada...tapi lama kelamaan saya terfikir dia satu-satunya lelaki yg berani memenuhi wall facebook saya..kadang2 saya fikir..benarkah dia ikhlas dgn saya?? Bolehkah dia setia?? Soalan yg tiada jawapan.. tapi semakin ada lelaki mendekati saya..saya makin merindui si dia..tapi saya banyak senyap..banyak luah dekat diari...ntah..saya xsuka luah pape masalah dkt kawan2..saya banyak dapat jawapan negative bila luah dkt kawan2...saya lebih suka bersendirian..saya akan rasa lebih tenang..bagi saya kawan terbaek adalah Allah..dimana dialah tempat saya mengadu..saya tahu dia sedang merancang yg terbaek utk saya..akhirnya saya memutuskan utk tidak melayan dia.. semakin hari..saya semakin sedar bahawa dalam umur saya yg masih muda ne..cinta bukan la segala-galanya..saya tidak patut bersedih lagi.. usia remaja hanya sekali..hidup juga hanya sekali..kenapa saya perlu isi usia remaja saya dgn kesedihan... akhirnya saya memilih utk focus dgn study saya..

ingin mencintai-Nya....
saya sedar semua yang saya lalui adalah pengalaman2 yg mematangkan saya..saya yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..saya mula ingin mencintai Allah..saya ingin menjadi seorang wanita  yang solehah disisi-Nya,seorang anak yg solehah terhadap kedua orang tua,seorang kakak yg baek terhadap adik-adik dan seorang sahabat yang baek terhadap kawan2 saya...namun setiap kali saya cuba mencintai-Nya..ada sahaja cinta insan yg datang..saya fikir mungkin ini adalah ujian yg Allah bagi utk menguji sejauh mana kesetianku terhadap-Nya.. ya!! Aku perlu kuat.. aku perlu wujudkan satu dinding penghalang antara aku dan mereka.. dimana dinding penghalang itu tidak boleh dibuka oleh sesiapa pun kecuali aku..dimana aku tidak boleh membiarkan cinta manusia menganggu kekusyukan solatku.. setiap hari telefon bimbit ku tidak pernah sunyi dengan mesej2 dari seorang lelaki yg bernama amirul.. sehingga hari ne..seringkali aku menjelaskan kpdnya..tapi tiada perubahan..dah banyak kali saya bertegas terhadapnya dan dia berjanji tidak akn menganggu saya lagi tapi  akhirnya dia datang jugak dan minta maaf...dia pernah cakap dekat saya..” saya tak nak pun sayang awk..tapi saya tak tahu kenapa saya sayang awak..awak tahu ke cara supaya saya tak sayang awak???” soalan tu buat saya memahaminya...sebab saya pernah mengalaminya...tapi saya tetap berkeras utk tidak menerimanya..setiap hari..pagi..siang..malam.. mesej2 dia memenuhi inbox handphone saya..tapi selepas saya membacanya saya akan terus memadamnya.. tak tahu..hati ini masih tidak terbuka utknya...sehinggalah hari ini...

akhirnya aku mulai tersedar yang jodohku pasti datang...untuk dia jodohku...Aku cuba membatasi hubungan perbicaraan dengan lelaki lain kerana aku risau aku menceritakan  rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yg harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Disana engkau setia  MENUNGGU diriku, tetapi disini aku curang kepadamu kerana  aku bermain dangan cinta fatamorgana. Kadang-kadang aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yg paling tepat agar aku sentiasa kembali mengigatinya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku dihatimu,menemani harimu..Entah dimana engkau sekarang. Tetapi aku yakin Allah pn mencintaimu sebagaimana dia mencintaiku,aku yakin dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yg hebat,hingga aku bangga memilikimu kelak. Aku ini seorang pencemburu . tetapi kalau Allah  dan rasurullah lebih engkau cintai daripada aku,aku rela..


Bukti cinta sebenar



  

Bukan redah lautan api,bukan juga sumpah atau kata2 janji melainkan “akad“ sebagai bukti cinta sejati…

jaga diri..cinta kpd keluarga..cinta kpd allah insyaAllah cinta kekasih akan hadir



Berikan aku cinta


Buah Aty Kecik Kat Umah


Sunday, 25 December 2011

ISTIKHARAH CINTA KU KE TAMAN SYURGA ~502~


Disaat aku memerlukan petunjuk dari kekasih agungku utk kebahagianku,aku cuba utk melawan ketakutan itu,ketakutan yg datang setelah apa yg pernah berlaku dalam kisah silamku.. aku ada dua rasa,dimana aku punya rasa sayang yg tidak pernah berkurang semenjak aku kenal dya,sayang yg membuatkan aku terus bertahan,memaafkan dan memberi peluang kpdnya walaupun dya selalu sakiti aku,aku tak tahu kenapa aku tetap mahu.aku juga punya rasa takut, takut utk ditgglkn lg ntah yg kali beberapa,aku cuba melawan ketakutan itu..namun ia tidak hilang dan tidak berkurang,tetapi makin bertambah apabila kembalinya si dia...sy dah “letih”...letih sangat2...letih yg awk takkan faham maksudnya melainkan oneday awk akn mengalami “letih” yg sy maksudkan.. letih yg dalamnya ada semua rasa..dan letih utk bertahan... Awk,awk tawu tak tiap kali awk berubah sy dpt rasa,kerana tiap apa yg sy rasa bukan hanya sekadar rasa tp ia menjadi kenyataan.. mcm sekarang..si dya datang “cket” je dekat awk, awk dah start bt perangai..tengoklah skrng,awk ckp awk nk hilangkn ketakutan sy..tp tgklah apa yg awk bt..kadang2 bila sy tgk gambar awk.. sy mcm tak percaya yg awk btl2 dah berubah..sy tawu sy tak secantik dya,sy “kalah” dgn dya.. sy kalah semua aspek dgn dya... Hari ini 18 august 2011,sy akn bt keputusan.. dimana keputusan sy ini sebenarnya bergantung dekat awk.. tapi sy tak tawu kenapa sy menitiskan airmata..awk, cinta ini tidak perlukan janji tapi perlukan bukti..ingat tak semasa sem 1, sy ckp sy “TAK” suka awk berjanji..tp sy nk awk “BUAT”.. Awk..Sy juga insan yang lemah..sy juga bukannya siapa-siapa..sy pun bukannya sesempurna si dya..Mana mungkin sy layak digelar wanita solehah..Namun sy masih punya “hati”,Hati utk dihargai jika susah utk kamu sayangi.. Tuhan.. aku tak tahu mengapa aku jatuh cinta padanya,Aku tak tahu mengapa ku rindu padanya Dan aku tidak tahu mengapa aku sentiasa bertahan walaupun dia sentiasa melukakan aku..Adakah aku satu permainan? Tidak ..awk.. sy punya perasaan..sy punya hati..sy punya harga diri...Namun 1 yg aku tak tahu,aku tak tahu mengapa aku masih mahu bertahan.. Mengapa???? Aku tidak tahu juga..Tapi satu yang aku tahu..Aku sayang kamu Aku sayang kamu Dan aku amat sayang kamu Amat menyanyangi diri mu!!.. Benar... sy tidak punya apa apa..Hanya gadis biasa yang sentiasa tumpah airmatanya Kerana lelaki itu adalah awk..Kerana aku sayang lelaki itu..Kerana lelaki itu yang aku rindu.. Yang datang dalam mimpiku hanya lelaki itu,AWK!! awk..”sakit” bila org yg kita sayang menyayangi insan laen,namun lagi sakit bila orang yg kita sayang menyayangi insan laen dalam masa yg sama dia bersama kita..awk faham kan..xpa,oneday awk akn faham..sbb org yg akn memahami maksudnya adalah org yg pernah mengalaminya.. Sy tak tahu...walau sudah byk kali dilukai namun..sy masih mahu terus di sisinya..masih mahu terus berada untuknya..sy mahu selalu dekat di hatinya..Kerana sy sayang padanya.. Kerana sy cinta padanya Kerana sy sentiasa mahu dia bahagia..Kerana sy tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya..Kerana kebahagiaan ku terletak Disetiap senyuman yang ada padanya.. Kerana AKU... “Tetap sayang dia untuk selamanya”!! Tuhan... Kurniakan kesabaran pada ku.. Berikanlah ku kekuatan untuk terus mendoakn kebahagian lelaki itu.. Ketahuilah awk..Apapun keputusan sy..Itu adalah keputusan dari Allah..sy tak salahkn awk..sy tak pernah benci awk dan sy tak mampu utk benci awk..mana mungkin sy akn benci org yg sy punya banyak kenangan bersama dya..Apa yang Allah tetapkan sudah tentu itu yang terbaik..Allah itu maha Arasy..Maha mengetahui.. Awk..Ketahuilah..sy rela mengundurkan diri..dan undur diri itu bukanlah satu perkara yg mudah..Kerana kebahagiaan itu hanya awk yang ketahui..Hanya awk yang dpat rasai..Percayalah..Pengunduran diri ini ntah yg kali ke berapa..Untuk kebahagiaan awk kelak di akhirat pasti..kadang2 sy terfikir.. .kenapa Allah putuskan aku dan dya..kenapa dya tiba-tiba berubah hati kenapa dya susah nk setia. kenapa aku tidak dipertemukan lagi dengan jodohku.kenapa, kenapa dan kenapa????? pernah tak kita terfikir yang sebenarnya Allah tu saaayang sangat dekat kita. sebab tu Allah putuskan kita dengan si dya...kalau kita terus bersama si dya agaknya ingat tak kita pada Allah..agaknya berapa banyak lagi dosa yang nak kita tambah bersama si dya.. Sbb bagi sy sayang yg sebenar adalah apabila kita menjaganya dari melakukan dosa,sbb kita sayang sgt2 dkt dya...kita tak nk tengok dya masuk neraka.Awk..Jika tiada tempat untuk sy dan untuk awk Di duniawi..Sy sentiasa menanti awk di ukhrawi..Itu janji sy pada Allah..Yang sy bisikkan alunan doa..“ akan ku capai tangannya untuk masuk ke taman syurga “ Ya Allah..Kurniakan kepada wanita yg disayanginya itu rasa sayang sebagaimana dya menyayangi wanita itu,sebagaimana dya bersungguh2 mendapatkan wanita itu..dimana wanita itu akan mendoakannya bersama2 dengannya Di saat susah senangnya..Di saat sedihnya..Di saat dia perlukan teman..Di saat dia perlukan ketenangan.. Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan untuk terus redha.. kerana cinta itu tidak semestinya memiliki..cinta itu cukup sekadar melihat dya bahagia bersama pilihannya..hanya mampu memcintai tetapi tidak mampu memiliki.. 
Salam terakhir dari sy, “BUDAK SOMBONG”